5 jenis laman web percuma untuk anda gunakan dalam bisnes online

e-commerce, online shop, web

Ramai peniaga online yang baru bermula kebanyakannya kekurangan modal atau tiada modal langsung nak mula bisnes. Namun, sekarang dah ada peneydia laman web percuma untuk anda gunakan dalam bisnes online anda tanpa bayaran.

Nak tahu? teruskan membaca

5 jenis website ni 3 antaranya pernah saya guna dan sangat berbaloi jika yang baru nak berjinak dalam bisnes online.Penyedia web percuma ni sangat mudahuntuk dibina dan akan membantu anda untuk membuat jualan seperti anda seorang pakar.

Laman web percuma ini ramai yang tak tahu dan kebanyakan mereka terpaksa keluarkan kos untuk upah designer website dengan harga yang mahal. So kali ini anda akan dapat buat website secara percuma dan mula boleh menjual tanpa orang tengah lagi.

Webiste yang bakal anda bina ini tidak akan mengenkan bayaran apa-apa kecuali anda gatal tangan nak guna yang berbayar,kan……..dalam bab ini anda kena hati-hati kerana anda sebagai newbie sepatutnya fokus yang percuma dahulu . Jika tidak anda kena kelaurkan kos lagi hingga nak beli perkara penting pun anda akan terlepas.

Jom kita mulakan, apakah website percuma yang anda boleh gunakan untuk website anda nanti

  1. Wix.com

Wix menawarkan perkhidmatan membina website percuma tanpa bayran seumur hidup. Wix juga menyediakan template yang cantik lebih dari 500 design. Jika anda bukan seorang designer web atau baru bermula dalam membinia web, ada tak pelru bimbang kerana wix sudah mempunyai template yang sangat cantik untuk anda gunakan.

Wix juga menyediakan bantuan kepada pegguna mereka dengan menyediakan butang HELP, rencana berkaitan dan bantuan melalui telefon serta email.

2. Weebly

Weebly adalah penyedia perkhidmatan web percuma yang paling mudah untuk digunakan. Weebly adalah penyedia website percuma yang sangat simple dan tidak mempunyai fungsi yang berlebihan. Memang sesuai kalau anda baru nak mula bisnes online dengan website.

Weebly juga menyediakan website yang sangat responsive dan sangat catik bila di lihat di telefon bimbit anda. Weebly juga tidak terikat dengan satu template. ia juga mempunyai template yang tersendiri dan anda boleh pilih mana yang anda suka. sangat mudah untuk anda tukar template jika anda dah bosan dengan template sedia ada.

Weebly membenarkan anda jika ingin menambah atau edit di HTML ataupun CSS jika anda mahu mengubahnya. Weebly juga ada page layout yang dah tersedia. maka anda tak perlu lagi nak reka sendiri page tersebut. Anda perlu masukkan perkataan yang anda inginkan sahaja. semudah ABC

3. Jimdo

Jimdo adalah perkhidmatan website percuma paling simple antara yang lain. Ia juga mempunai pelbagai bahasa untuk digunakan dalam membina websitenya.

Jimdo juga membenarkan pengguna mengakses html dan CSS dalam websitenya. Ia juga boleh digunakan tanpa had masa dan paling best anda tak perlu upgrade kepada website berbayar.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan pertanyaan percuma tanpa bayaran dan semua websitenya mempunyai tahap sekuriti yang selamat. Jimdo telah digunakan oleh lebih dari 189 negara dan lebih 25 juta website telah dibina menggunakan jimdo. Banyak betul pengguna mereka.

Jika anda nak cuba boleh gunakan jimdo tanpa was-was.

4. Squrespace

squarespace menyediakan perkhidmatan laman web percuma yang cantik dan sangat profesional. Jika anda peminat landing page untuk collect databse, inilah website yang anda perlukan.

Jika anda mula nak berjinak dengan menjual atau agen affiliate, website ni sesuai dengan anda. squarespace juga hanya menyediakan membina laman web yang mempunyai satu produk sahaja atau lebih dikenali sebagai minisite.

Kalau anda ada satu produk website ini sangat sesuai untuk anda. Anda hanya perlu isi kandungan website anda dan letakkan gambar serta akhir sekali letakkan call to action untuk pembelian. mudahkan?

Kalau anda nak cuba boleh lihat webistenya dibawah.


5. WordPress

WordPress mempunyai dua jenis pilihan website iaitu worpress.com dan wordpress.org. Keduanya adalah untuk membina website dan blog secara percuma dan mudah

Website anda yang dibina nanti adalah percuma selamanya. ia mempunyai template yang menarik untuk digunakan. WordPress menawarkan tempalte y ang pelbagai jenis design yang menarik utnuk anda gunakan.

Anda boleh tukar theme atau tempalte pada bila masa sahaja dengan mudah sekali tanpa menjejaskan apa-apa kandungan dalam website anda

WordPress kini menguasai 25% pembinaan website sedunia kerana mereka kebanyakannya mempunyai pilihan yang terbaik dikalangan pembina website

Penambahbaikan sentiasa diubahsuai bagi menarik lagi minat pengguna kepada wordpress pada setiap minggu. Versi ini akan sentiasa di kemaskini supaya pengguna akan menerima update terkini setiap masa mengikut perkembangan teknologi terkini. Saya sendiri gunakannya kerana ia support kepada pelbagai plug in yang mebantu tingkatkan kualiti persembahan website.

so bagaimana dengan eputusan anda untuk menggunakan yang mana satu webiste percuma untuk bisnes online anda? pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan anda supaya anda dapat bina website sendiri tanpa bayaran seumur hidup. pilihan ditangan anda ok..

jika anda ingin perkhidmatan membina webiste di platform percuma ini, anda boleh hubungi saya untuk konsultasi dan pemasangan website ini. Sudah semestinya yuran atau bayaran akan dikenakan mengikut spesifikasi yang anda perlukan. Anda boleh hubungi saya

>>>DI SINI

jumpa lagi..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *