Bagaimana cara mulakan bisnes di shopee tanpa modal ?

Saya yakin ramai di antara anda yang inginkan mulakan bisnes di shopee tanpa modal. Tapi persoalannya, ada ke bisnes di shopee tak kelaur modal?

Persoalan ini akan saya jawab dan anda tak perlu risau kerana nak mula beniaga di shopee memang tak perlu modal langsung. So bagaimana caranya, jom kita mulakan.

Pertama > anda mesti ada barang untuk dijual. Jika tiada idea, anda boleh lihat dalam rumah anda jika ada barang yang masih ok dan tidak digunakan untuk dijual. Mungkin anda ada baju anak yang dah tak pakai, mainan yang tidak lagi digunakan oleh anak anda atau perabot, perkakas rumah yang anda rasa tidak lagi digunakan untuk dijual. Yang penting, anda sahaja yang tahu apa yang ada barang dalam rumah untuk dijual.

Anda perlu berbincang dnegan ahli keluarga anda sama ada mereka setuju atau tidak. Ini adalah untuk mengelakkan dari masalah lain yang akan berlaku dalam keluarga anda. Lebih baik berbincang dahulu kerana ia lebih baik sebelum membuat keptusan untuk mejual.

Jika anda sudah pilih barang yang hendak dijual, anda cuba lihat kondisi barang tersebut dan letakkan harga yang sesuai. Mengikut pengalaman saya sendri menjual di Shopee, saya akan menjual barang dengan harga yang mampu milik oleh pembeli. contohnya harga yang dijual adalah RM10

Kenapa saya mulakan dengan keuntungan yang kecil? sebab saya punya strategi adaah nak dapatkan trusted seller dan menarik pelanggan mampu milik pada harga yang saya tetapkan. Saya juga inginkan rating yang tinggi dari pelanggan. Bila harga yang dijual mampu milik, rating yang tinggi, sudah pasti komen yang posotif akan anda perolehi.

Dapat idea nak jual apa? kalau ya tahniah saya ucapkan. jika belum usaha lagi Jangan putus asa. Cara berniaga tanpa modal di shope sangat mudah dan sekarang anda sudah mulakan.

Kedua > Dari barang yang anda pilih tadi cuba anda listkan siapa target prospek atau bakal pelanggan anda. Kita ambil contoh barang yang anda anda nak jual adalah patung mainan frozen. Patung ini sudah pasti peminatnya adalah anak-anak kecil, namun mereka tiada kuasa beli untuk dapatkannya. Oleh itu, ibubapa mereka yang perlu kita target sebab mereka ada kuasa beli dan mereka inginkan anak mereka gembira dan bahagia bila dapt membeli patung mainan frozen.

So, anda kena sediakan sedikit copywriting untuk nyatakan secara detail patung mainan frozen tadi. nyatakan kelebihan, size, kondisi mainan patung tadi dan lain-lain yang perlu. Kalau anda tiada idea, boleh lihat pesaing anda dan lihat apa yang mereka tulis. Tiruvasikan apa yang mereka nyatakan. Jangan tiru yer..

Ketiga > Cara nak mulakan bisnes di shopee tanpa modal sangat mudah. Bila anda sudah selesai step 1 & 2 anda perlu gerak ke langkah ke 3 iaitu anda perlu pilih perkhidmatan penghantaran. Penghantaran sangat penting kerana kita nak tentukan berapa harga yang kita akan cas kepada bakal pelanggan anda.

Dalam Shopee ada pilihan untuk anda pilih perkhidmatan penghantaran, antaranya Pos Laju atau perkhidmatan penghantaran lain seperti J&T. Jika anda ingin dapatkan perkhidmatan penghantaran barang secara percuma, anda perlu sertai program yang disediakan oleh shopee iaitu shopee free shipping program. Syarat untuk menyertai program ni adalah seperti berikut

  • Berat barang harus di bawah 5Kg untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
  • Seller hendaklah menghantar sendiri barang ke Pos laju.
  • Setiap pesanan haruslah dihantar dengan menampilkan ‘waybill’ yang harus anda cetak.
  • Seorang pelanggan hanya layak mendapat free shipping sebanyak 5 kali pembelian sahaja dalam sebulan. Untuk seller, tiada limit.
  • Jika berat barang 5kg ke atas, kos penghantaran dikira berdasarkan berat.

mulakan bisnes di shopee tanpa modal sangat mudah dan banyak manfaat kepada seller. jadi ambilah peluang ini untuk anda bina perniagaan baru anda ke level yang lebih tinggi.

Jika anda serius nak mulakan bisnes di shopee tanpa modal dan perlu kepada panduan yang boleh besarkan perniagaan anda. Saya galakkan anda miliki panduan ini iaitu Panduan Bisnes Shopee, Bagaimana Jana Income 4 angka Seminggu

Dalam panduan ini akan dikongsikan teknik pantas bagaimana anda boleh jana income 4 angka seminggu secepat yang mungkin. aling penting anda baca dan buat. Hasilnya akan anda lihat nanti.

Kenapa anda perlu pilih shopee untuk anda mulakan bisnes? sebabnya adalah pelawat uyang datang ke shopee adalah 21 juta dalam tempoh sbeulan. Ini bermakna ramai yang melawat website shopee dalam tempoh tersebut. Amat rugi jika anda tidak mengambil peluang ini untuk berniaga.

so saya sarankan anda untuk dapatkan panduan ini iaitu Panduan Bisnes Shopee, Bagaimana Jana Income 4 angka Seminggu

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memulakan bisnes di shopee tanpa modal. jumpa lagi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *