Betul ke Database is KING?

lego, figurines, toys

“DATABASE IS KING!”

Pernah dengar?

atau

Pernah baca ayat tu tak?.

Ya, database memang penting dalam bisnes. Tapi sayang, masih ramai usahawan yang belum nampak nilai nya..Sebut sahaja nama company-company besar yang ada, mereka pasti akan mengutamakan database. CRM (Customer Relationship Management) berkait rapat dengan database ni..

APA JENIS DATABASE?

Pertama sekali anda perlu fikirkan, database yang macam mana prospek lebih senang dan selesa untuk bagi?.Sebagai contoh Messenger, Email, No Phone, Alamat Atau apa-apa bentuk data yang bila mana anda perlukan, anda boleh berinteraksi balik dengan mereka secara mudah..

Dan database ini pun anda boleh bahagikan kepada beberapa segmen ;

Database pelanggan

Database prospek

Database agen

KENAPA DATABASE PENTING?

Okay, ada 5 sebab yang boleh saya kongsikan disini ;.

#1 – Retargeting

Kalau anda ada database pelanggan atau prospek, anda boleh buat retargetting kepada mereka dengan lebih tepat! Nanti takkan ada lagi isu iklan “krik krikkk”, atau kos iklan membazir sebab target kepada audience yang salah.

Retargeting sangat penting sebab kita nak menjual kepada mereka yang betul-betul memerlukan produk atau servis kita. Ini ramai yang terlepas pandang hingga tak ambil tahu pun pasal teknik ini

#2 – Jimat Kos

Kalau anda ada database pelanggan seperti di Messenger atau Email, anda boleh hasilkan jualan yang berulang kali, tanpa perlu pun keluarkan kos marketing berulang kali.. Best kan?

Paling penting anda kena tahu bagaimana nak handle database anda dengan teknik yang betul supaya mesej anda sampai kepada mereka.

#3 – Under Control

Selamatkan bisnes anda! Kenapa? Database ini milik anda, dan anda sendiri yang control. So tak perlu risau lagi dengan masalah kena flag ke, disapproved ke. Nak jual produk larangan sekali pun boleh kepada database pelanggan, prospek atau agen anda!.

Pernah tak dulu anda alamai bagaimana facebook dan Ig tak boleh nak log in sebab ada masalah teknikal dari provider? masalah tu di hadapi semua pengguna diseluruh dunia.

Jadi, bila ada database sendiri maka anda boleh contact dengan mereka bila bila masa walau media sosial lain ada masalah teknikal.

#4 – Engagement

Database dapat membina ENGAGEMENT, HUBUNGAN & KESETIAAN. Inilah rahsianya! Dengan ada database, anda pasti boleh buat.. MAIN FACTOR WHY PEOPLE BUY!

Kesetiaan adalah faktor utama kenapa mereka membeli kerana kesetiaan adalah kayu ukur kepada percaya terhadap bisnes anda.

Bila an da sentiasa bersama mereka dengan memberi tips, sharing info, ada tutorial serta pelbagai maklumat untuk anda berkongsi dengan database anda .

Maka mereka lebih percaya pada anda berbanding mereka di luar sana. Anda akan ada fan yang sayang pada anda. best kan?

#5 – Automatik dan Cepat

Kenapa anda nak susah-susah lagi nak buat followup, nak buat marketing, nak educate & menjual kalau anda dah ada ‘pembantu’ yang boleh lakukannya secara automatik, setiap saat tanpa gagal!

Contoh, sistem automation seperti Messenger & Email, anda nak hantar mesej/email/sms tepat pada masa & tarikh yang anda nak?

Waktu anda bercuti sekali pun nak followup jalan? Nak hantar info atau reminder kepada semua database anda dalam masa tak sampai 1-3 minit? Semuanya boleh!.

Apabila semua dibawah kawalan anda pasti anda rasa seronok kerana masa anda akan lebih efektif dalam mengurus pelanggan anda setiap hari.

Ya, mengurus pelanggan tanpa mengadap Laptop atau phone itu sangat baik dan banyak manfaat untuk anda serta team anda.

Istilah cepat, pantas dan efisyen akan sentiasa dijadikan amalan dalam perniagaan anda walau dimana sahaja anda berada.

Nak tahu bagaimana cara collect database seperti yang saya share dengan anda? boleh baca disni Cara Collect Database Sebenar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *