PKP 3.0 boleh menyebabkan jualan merudum?

Kita sekali lagi dikejutkan dengan PKP3.0 menyebabkan waktu berurusan hanya dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Adakah situasi PKP ini menyebabkan jualan boleh merudum?

Jawapannya tidak sama sekali.

Kerana orang tetap akan membeli keperluan harian dan juga keperluan kehendak yang sangat mereka perlukan. Kita lihat jualan kereta dari PKP 1 hingga 2 meningkat mendadak dan rancak di pasaran Malaysia.

Mari kita lihat pula McDonald dan KFC, jualan mereka juga meningkat setiap bulan dan masih bersusun kereta beratur nak dapatkan makanan yang mereka gemari.

Cuba kita lihat pula kedai makan lain seperti restoran nasi arab, kedai yang menjual makanan pantai timur terus jer mendapat sambutan setiap masa tak kira pagi, tengah hari, petang ataupun malam. Semua perniagaan ketika ini ada permintaanya.

Namun harus diingat…

Jualan mereka mencanak naik disebabkan oleh keperluan harian orang ramai. Cuba kita lihat abang dan akak yang kerja sebagai Pilot, Paramugari dan Paramugara yang diberhentikan kerja, kebanyakan mereka berniaga produk makanan.

Melalui pemerhatian saya disini menunjukkan jelas bahawa keperluan makanan sangat tinggi hingga abang dan akak grabfood, food panda dan lain-lain perkhidmatan penghantaran menjana pendapatan yang sangat banyak sekali

Namun..

Ada juga yang tutup kedai kerana tak mampu nak menampung kos operasi dan kekurangan pelanggan. Isu kekurangan pelanggan ini menjadi nadi penting dalam jualan. Kebanyakan pelanggan sangat memerlukan jenis makanan yang mereka suka dan viral. so sebagai usahawan F&B kena pandai ejas menu, rasa dan juga kulaiti makanan anda.

Memang..

Saya simpati dengan peniaga yang tidak mendapat keuntungan dari jualan mereka. so, apa nak kena buat jika jualan merudum di musim PKP 3.O ni? salah satu caranya ialah ubah kepada platform online. Ya! onlinekan bisnes anda

Bina branding bisnes anda di Website, Facebook, Instagram, Youtube, Twitter, Whatsapp atau Telegram. Gunalah platform percuma ini untuk bina brand anda dengan cepat. Kalau tak tahu buat, carilah yang pakar dan tahu dalam hal ini. Lantik mereka untuk jaga media sosial anda.

Belajarlah sedikit ilmu marketing untuk bisnes anda. Ilmu yang anda ada menentukan berapa income anda. Jika tidak ada ilmu maka bisnes anda juga ditahap yang sama dan masih biasa-biasa sahaja.

jika anda nak buat sendiri semua media sosial untuk naikkan brand saya rasa anda tidak sempat waktunya. Saya sarankan anda pilih salah satu media sosial yang ingin digunakan dan buatlah bersungguh sungguh hingga dapat menarik ramai pelanggan.

Sentiasa update status dalam bentuk video sehari dalam 2 hingga 3 kali supaya posting anda cepat untuk di rangking kan.

jadi..

jika anda perlukan bantuan saya dari segi konsultasi boleh hubungi serta setkan perbincangan dan perancangan strategi media sosial bagi naikkan brand anda secepat mungkin nanti insyaallah.

semoga bermanfat