Usahawan Online mesti ada website

wordpress, web, design

Kali ni saya nak kongsi cerita dengan anda kenapa usahawan online mesti ada website sendiri?

Website ni dah menjadi satu kemestian bagi yang berniaga secara online. Kenapa macam tu?, sebab sekarang trend membeli barang secara online dah berubah.

Dulu orang beli barang guna whatsapp dan buat bayaran melalui maklumat bank yang diberi oleh penjual online. Masa kian berubah dan teknologi sentiasa update. Jadi pembeli juga mempunyai cara dan pemikiran yang sama dengan teknologi kini.

Jadi sebagai usahawan online wajib ada website bagi memudahkan pelanggan buat pembelian. Apabila anda dah ada website official maka semua urusan anda tidak lagi susah dan senang untuk diuruskan walau anda bercuti sekalipun.

Masa sangat penting sebagai usahawan online yang berjaya! Bukan lagi kita nak menghadap whatsap setiap masa kerana kita kena cepat bertindak bagi dapat tingkatkan sales setiap bulan. Dengan website anda pasti pelanggan anda gembira kerana memudahkan mereka untuk membeli produk anda

Cuba anda bayangka tim Jack Ma mengurus pembelian pelanggan menggunakan whatsapp untuk beli barang di Alibaba. Sudah pasti tidak menang tangan kerana sales mereka menggunakan website mencecah ratusan jutaan dollar. Sebab itulah wujudnya Alibaba.com, Tmall.com, Taobao.com dan sebagainya untuk memudahkan pelanggan membei dengan selesa dan selamat

Apabila anda sebagai usahawan online mempunyai webiste sendiri maka produk anda akan boleh berada di serata Malaysia dan seterusnya boleh terbang keluar negara tanpa perlu ada kedai dan orang tengah.

Saya ingatkan sekali lagi ! Usahawan online perlu ada website sendiri. Pelanggan akan mudah untuk cari anda dan anda akan dapat jimatkan kos operasi serta dapat meningkatkan jualan bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga ke luar Negara

Jika anda masih belum ada website dan nak ada website, boleh hubungi melalui Whatsapp DISINI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *